Friday, 6 January 2012

Pelan Perlindungan Lengkap Wanita

Anak adalah permata yang paling indah bagi pasangan suami isteri. Mendapat cahaya mata adalah ibarat mendapat intan, permata, emas yang tidak dapat dinilai harganya...ianya terlalu mahal untuk ditafsir. Oleh yang demikian,wanita atau pasangan suami isteri perlulah bijak merancang bagi menyambut orang yang dinanti-nanti...

Mengambil perlindungan bagi diri adalah sesuatu langkah yang amat bijak. Bukan sahaja ia dapat memberi jaminan kewangan bahkan pada masa kini, perlindungan insurans telah menawarkan pelbagai faedah menarik disamping simpanan dengan pulangan yang memberikan kepuasan pada diri sendiri. Bagi saya yang bukan jenis menyimpan ni, mengambil insurans membolehkan saya menikmati perlindungan disamping mendapat simpanan. Bukan itu sahaja, saya memikirkan apakah harta yang dapat saya beri kepada waris saya terutamanya anak-anak jika saya tidak lagi ada di dunia ini...

Hong Leong Assurance telah menawarkan pelan perlindungan lengkap bagi wanita disamping pelan perlindungan lengkap bagi lelaki dan kanak-kanak. Di dalam Pelan Perlindungan Lengkap Wanita, Hong Leong Assurance memberikan Faedah Bersalin yang mana dikira sangat "TOP" dan "PANAS" buat masa ini. Ini kerana, tuntutan bersalin diberikan sebanyak 1% daripada jumlah perlindungan wanita. Contohnya, bagi premium sekurang-kurangnya rm150 sebulan, jumlah perlindungan wanita yang diberikan adalah sebanyak rm100,000. Maka 1% adalah sebanyak rm1000 semalam untuk tuntutan bersalin jika seseorang wanita itu bersalin di mana-mana hospital kerajaan atau swasta...yang penting kene ada bukti seperti discharge note atau resit/bil hospital yang menunjukkan tarikh masuk dan keluar daripada wad. Maksimum tuntutan adalah rm5000 atau 5 malam berada di wad di atas sebab bersalin. Walau bagaimanapun, pelan ini dapat di ubah mengikut kemampuan masing-masing.

Berdasarkan gambar cek-cek di atas, ia adalah bukti dimana pelanggan-pelanggan saya telah memperolehi tuntutan bersalin dibawah faedah hospital. Masing-masing telah memperolehi rm5,000 di atas kemasukan hospital kerana bersalin. Anda bila lagi? Selain daripada faedah bersalin ni,ada lagi faedah lain yang boleh dinikmati di dalam pelan perlindungan lengkap wanita ini. Antaranya:
  1. Perlindungan Penyakit kritikal berjumlah RM30,000
  2. Perlindungan Kemalangan Peribadi Komprehensif sebanyak rm30,000
  3. Pendapatan Hospital diatas sebab-sebab kemalangan atau kesakitan sebanyak minimum rm100 semalam di hospital
  4. Pengecualian diatas sebab lumpuh kekal atau penyakit kritikal
  5. Perlindungan Kanser Wanita sebanyak rm100,000
  6. Permulaan Kanser untuk Payudara dan Serviks wanita sebanyak rm20,000
  7. pembedahan plastik untuk muka disebabkan oleh kemalangan sebanyak rm25,000
  8. Komplikasi kehamilan seperti pendarahan serius atau kematian bayi sewaktu lahir ataupun kehamilan luar rahim (tuntutan hanya sekali untuk satu komplikasi sahaja) sebanyak rm50,000
  9. Keganjilan Kongenital Anak (ini kira bonus bagi wanita kerana ia juga melindungi anak yg baru dilahirkan) seperti sindrom down atau Spina Bifida atau Jantung Berlubang (tuntutan hanya sekali untuk satu kejadian sahaja) sebanyak rm50,000
  10. Kematian disebabkan oleh bersalin rm2oo,000
  11. Kematian disebabkan oleh kemalangan sebanyak rm100,000.
  12. Semestinya dengan simpanan yang mengikut Prinsip Syariah Islam.

Apa yang saya ingin perkatakan adalah,bagi saya, tidak ada pelan yang memberikan faedah terbaik setakat ini selain daripada Hong Leong Assurance. Saya sendiri juga telah mengambil pelan ini dan merasakan amat berpuas hati dari segi perkhidmatan dan tempoh menunggu bagi mendapatkan tuntutan bersalin berkenaan..

Jadi apa tunggu lagi, rancanglah perlindungan anda sekarang. Beritahu atau hubungi saya jika anda berminat atau untuk keterangan lebih lanjut...
Saya amat pasti anda akan berpuas hati selepas memahami dan mengalaminya sendiri...

Puan Suriati di talian 019-543 6043

2 comments:

  1. Assalamualaikum puan... utk plan insurance ni.. masih wujud lg ke??

    ReplyDelete
  2. Ada lg. Cuma byrn premium bulanan dan pendapatn hosp ada perubahan sedikit. Boleh hubungi atau whtasapp sy di talian tertera.

    ReplyDelete